Projek di Limbang Bukti Keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak Membangunkan Kawasan Luar Bandar

0
551
Abdul Rahman menyampaikan sumbangan pada Program Bicara Agama

Limbang, 27 Mac 2019 (SNN)- Projek di Limbang bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak membangunkan kawasan luar bandar. Menteri Muda Pertanian Sarawak, YB Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, penyediaan kemudahan asas itu merupakan usaha Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar seperti masyarakat di bandar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan tidak ketinggalan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota turut telah menikmati kemudahan seperti bekalan elektrik, bekalan air serta infrastruktur jalan raya.

Dr. Abdul Rahman menambah, terkini YAB Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg baru-baru ini telah memaklumkan Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek Pan Borneo yang telah dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan berkenaan. “Projek itu akan mengekalkan laluan dan jajaran sedia ada yang menghubungkan terus Jalan Ipai Pendam ke Jambatan Kedua Sungai Limbang, yang dijangka siap menjelang tahun 2021,” katanya.

“Selain itu, enam buah menara telekomunikasi akan dibina di daerah Limbang bagi meningkatkan lagi kelajuan dan kadar penembusan internet di sini.”Menerusi kemudahan ini kelak, masyarakat setempat akan mudah berinteraksi selain melakukan aktiviti perniagaan dalam talian sekali gus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya semasa Program Bicara Agama di sini semalam.

Dalam majlis sama, beliau mengumumkan pembinaan Gelanggang Futsal berjumlah RM150,000, pembinaan Dewan Serbaguna Fasa Pertama berjumlah RM200,000 pada tahun depan dan fasa kedua berjumlah RM200,000 pada tahun 2021.

Antara sebahagian peserta yang hadir pada Program Bicara Agama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here