More
    Home Pelan Tindakan Dibangunkan Bagi Tangani Isu-isu Kesihatan Mental

    Pelan Tindakan Dibangunkan Bagi Tangani Isu-isu Kesihatan Mental

    Kuching, 27 Mac 2019 (SNN)– Pelan tindakan dibangunkan bagi tangani  isu-isu kesihatan mental pada bengkel pengurusan isu kesihatan mental hari ini . Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Sarawak yang komited untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

    “Pelan tindakan ini termasuk usaha untuk membangunkan ‘Terms of Reference’ (TORs) yang berkesan dan berfungsi untuk menubuhkan tadbir urus untuk menyelaras, memantau dan menangani isu-isu kesihatan mental di peringkat negeri. “Ia juga bagi menyediakan TOR untuk penyelidikan mengenai kesihatan mental di Sarawak yang akan dijalankan tahun ini,” menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah semasa Majlis Penutupan Bengkel Pengurusan Isu Kesihatan Mental di Sarawak Siri 1/2019 di sini hari ini.

    Dalam ucapannya beliau turut memaklumkan bahawa penganjuran bengkel pengurusan isu kesihatan mental jelas memperlihatkan bahawa pembangunan sosial sama penting dengan perkembangan fizikal dan ekonomi. Jelas beliau, bengkel seumpamanya penting untuk membangunkan pelan tindakan untuk menangani isu-isu kesihatan mental di negeri ini.

    Fatimah menambah, garis panduan dokumen dan prosedur operasi standard (SOP) juga penting untuk menangani isu kesihatan mental secara bersepadu. Ujar beliau, ia adalah bagi menggalakkan kesedaran, advokasi dan pendidikan sosial mengenai kesihatan mental sekali gus memperkasakan masyarakat untuk menyediakan bantuan psikologi asas semasa krisis.

    “Perlu diingatkan, kesihatan mental merupakan masalah sosial yang kian berleluasa dalam masyarakat hari ini. “Pelbagai konflik kehidupan, antaranya seperti masalah kewangan, stres di tempat kerja, isu dan permasalahan keluarga seperti masalah hubungan, penceraian, krisis rumah tangga, kurang kemahiran keibubapaan boleh menyebabkan seseorang menghadapi tekanan mental,” katanya.

    Sambil menambah, kesihatan mental seseorang individu akan terjejas sekiranya tidak mempunyai kemahiran daya tindak (poor coping skill) yang baik. “Masyarakat umum juga perlu bersikap lebih terbuka daripada stigma dan persepsi bahawa individu yang mengalami gangguan kesihatan mental adalah ‘gila’ kerana masalah berkaitan kesihatan mental adalah luas merangkumi Neurosis (kemurungan, kebimbangan), Psikosis (schizophrenia, kecelaruan manik-depresif) dan kecelaruan personaliti,” katanya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...