Kerajaan Sarawak Bantu RM1 Juta Untuk Semua Wanita Termasuk Ibu Tunggal

0
825
Hajah Fatimah Abdullah bergambar kenangan sempena Majlis Incredible 10th Anniversary The Carnation Club of Kuching-Samarahan

Kuching, 27 Mac 2019 (SNN)- Kerajaan Sarawak bantu RM1 Juta untuk semua wanita termasuk ibu tunggal di Sarawak. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata bantuan modal ini adalah untuk semua wanita termasuk ibu tunggal di Sarawak.

Peruntukan yang telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sempena Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini yang bernilai RM1 juta dalam bentuk “seed capital” adalah untuk semua wanita di Sarawak.

“Peruntukan ini disalurkan melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak. Seed capital atau bantuan modal ini telah bermula tahun lepas dengan peruntukan permulaan sebanyak RM500 ribu dan ianya telah menghasilkan beberapa kejayaan di kalangan wanita yang menerima bantuan ini, tambah Fatimah lagi.

Beliau berkata demikian di Majlis Incredible 10th Anniversary The Carnation Club of Kuching-Samarahan di Restoran Thian Court, baru-baru ini. Bercakap mengenai Skim Bantuan Kanak-Kanak, Dato Sri Hajah Fatimah berkata bilangan kes yang telah dicatatkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak berjumlah 1,560.

“Kerajaan Sarawak telah menyediakan bantuan kepada kanak-kanak di bawah ibu tunggal pada kadar bantuan RM100 hingga RM450. Setiap kanak-kanak akan menerima bantuan minimum RM100 seorang dan maksimum RM450 untuk lima orang anak atau lebih,” tambahnya. Untuk itu, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membantu 11,560 ibu tunggal.

Dato Sri Hajah Fatimah juga telah berkongsi mengenai ‘Phone Scam’ iaitu ‘African Scam’, ‘Love Scam’ dan ‘Macau Scam’ seperti yang dikatakan Ketua Polis Siasatan Jenayah Komersial Crime.”Statistik Scam pada tempoh 2017 hingga 2018 adalah berjumlah 213 orang. Tahun 2017 seramai 111 orang telah dicatatkan terlibat dalam aktiviti African Scam dan 2018 pula seramai 102. Manakala, untuk Macau Scam, seramai 74 telah direkodkan pada 2017 dan 2018 pula seramai 209 orang”, ujarnya.

“Justeru, saya mengesa wanita-wanita di luar sana berhati-hati agar tidak terjebak dengan aktiviti scam ini yang ternyata memperdayakan kaum wanita,” tegasnya.

Hadir sama Penasihat Kelab Carnation Datin Amar Kathryn Wee, Ahli Parlimen Batang Lupar YB Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim, YBhg Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Haji Fauzi dan Pengarah Jabatan Wanita Sarawak Noriah Haji Ahmad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here