Projek Jalan pertanian Kampung Peraya beri manfaat kepada petani

0
52
Naik taraf jalan berkenaan akan memudahkan penduduk sekitar menjalankan aktiviti pertanian

PADAWAN, 18 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pelaksaan projek naik taraf jalan pertanian Kampung Peraya, Padawan yang bermula pada 1 September 2020 lalu kini siap sepenuhnya dan akan memberi manfaat kepada petani yang sering menggunakan jalan tersebut.

Projek naik taraf jalan sepanjang 800 meter itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Tarat, Datuk Roland Segah Wee Inn di Kampung Peraya, semalam.

ADUN Tarat memberi taklimat berkenaan projek itu sebelum merasmikan

Ujar beliau, jalan tersebut yang akan memberi manfaat kepada lebih 30 petani yang menjalankan pertanian seperti lada, nanas dan getah telah menelan kos sebanyak RM94,800 yang turut melibatkan kawasan Jalan Badong-Pergik.-Sumber Ukas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here