Penduduk kawasan DUN Kabong disaran mohon bantuan baik pulih rumah di bawah MRP-PPRMS

0
33
Penduduk di kawasan DUN Kabong hadir bagi mendapatkan borang permohonan MRP-PPRMS

KABONG, 18 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pemduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong di sarankan untuk memohon bantuan baik pulih rumah di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS).

ADUN Kabong, Mohd Che Kadir menjelaskan, program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan jumlah peruntukan RM1 juta setiap tahun itu dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan bagi baikpulih rumah yang tidak selamat didiami.

Baru-baru ini Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan untuk program berkenaan di bawah Belanjawan Negeri Sarawak 2021 sepertimana pada tahun sebelum ini hampir 124 buah rumah telah dibantu untuk dibaikpulih bagi memastikan rakyat tinggal dalam keadaan selesa dan selamat.

Ujarnya, bagi mereka yang berminat diminta untuk hadir di Pusat Khidmat DUN Kabong pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 2.30 petang bagi mengambil borang permohonan MRP-PPRMS.-Sumber Ukas.

Borang permohonan boleh didapatkan di Pusat Khidmat DUN Kabong khusus untuk mereka yang berada di kawasan DUN berkenaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here