More
    Home Sarawak Samarahan Projek Berterusan Dari Kerajaan GPS Untuk Rakyat

    Projek Berterusan Dari Kerajaan GPS Untuk Rakyat

    SEBUYAU,8 Oktober 2019 (SNN) : Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perasmian Dewan Masyarakat baru di Kampung Lutong Sebangan, Sebuyau. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN N.27 Sebuyau.

    Pada majlis yang sama turut dirasmikan Pelancaran GPS Peringkat Kampung Lutong Sebangan, Sebuyau juga oleh Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, yang juga merangkap Naib Presiden PBB Sarawak.

    Dewan masyarakat baru ini adalah salah satu dari “Projek Transformasi Luar Bandar (RTP)” kawasan Sebuyau yang siap sepenuhnya baru-baru ini. Selain itu Julaihi dalam ucapannya turut mengumumkan berhubung projek Jambatan Batang Lupar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan GPS berikutan keputusan kerajaan persekutuan yang tidak menjadikan projek itu keutamaan mereka.

    “Kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) melihat projek ini sangat penting untuk menghubungkan jalan pesisir kita. Justeru tender untuk Projek Jambatan Batang Lupar sepanjang 5.1 kilometer (km) ini akan dikeluarkan akhir tahun ini”.

    “Maka itu, kita memutuskan untuk meneruskannya kerana kerajaan persekutuan baharu tidak mengambil projek ini sebagai keutamaan mereka selepas mengambil alih pemerintahan negara,” ujarnya.

    Acara pencak silat sempena Majlis Perasmian Dewan Masyarakat baru serta Pelancaran GPS Peringkat Kampung Lutong Sebangan, Sebuyau

    Julaihi memberitahu, projek itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini pada perkongsian 50-50 peratus. Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui kerajaan persekutuan tidak mengutamakan projek itu menyebabkan kerajaan negeri membiayai sepenuhnya projek itu dengan kos RM1 bilion.

    Beliau dalam pada itu berkata, jalan pesisir yang sedia ada juga akan dinaik taraf. “Ini adalah komitmen kerajaan negeri di bawah GPS untuk membina jalan pesisir pantai untuk menghubungkan kawasan pantai. Malah, ini juga merupakan komitmen GPS untuk membawa pembangunan ke negeri ini,” ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menggesa rakyat agar terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri. “GPS terdiri daripada parti politik tempatan dan memahami keperluan rakyat di negeri ini, jadi rakyat sepatutnya mempunyai kepercayaan terhadap GPS,” katanya.

    Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Abdul Khalid Manaf, Pegawai Daerah Simunjan; Ajis Ahmad Pegawai Tadbir Sebuyau; Haji Hamdan Ismail, Penghulu Sebangan; Haji Alop Eden, Ketua Kaum Kampung Sebangan Lutong; Deni Bin Salleh, Ketua Ranting PBB Kampung Sebangan Lutong, AJK PBB Cawangan Sebuyau dan Ranting PBB Kampung Lutong Sebangan. serta ketua ketua masyarakat dan ketua kaum kawasan Sebuyau.

    Julaihi semasa  Majlis Pelancaran GPS Peringkat Kampung Lutong Sebangan, Sebuyau
    Dewan masyarakat baru di Kampung Lutong Sebangan, Sebuyau ini adalah salah satu dari “Projek Transformasi Luar Bandar (RTP)” kawasan Sebuyau yang siap sepenuhnya baru-baru ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...