More
    Home Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Selabat 2 Selesaikan Banjir Akibat Air Deras...

    Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Selabat 2 Selesaikan Banjir Akibat Air Deras Dari Gunung Selabat

    KUCHING, 08 Oktober 2019 (SNN)- Penduduk di Kampung Selabat 2 boleh menarik nafas lega apabila pembinaan sistem perparitan yang sedang dilaksanakan ini akan menyelesaikan masalah banjir.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata pembinaan sistem perparitan di Kampung Selabat ini bukan sahaja untuk memastikan sistem pengairan air berjalan lancar, tetapi juga menyelesaikan pengaliran air deras dari Gunung Selabat.

    “Projek Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Selabat 2 merupakan salah satu daripada Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah ADUN Demak Laut 2019 yang bertujuan memastikan sistem pengairan dan saliran kampung berjalan lancar.

    “Apabila projek ini siap, ianya akan menyelesaikan masalah air deras yang turun dari Gunung Selabat setiap kali musim hujan lebat,” katanya kepada media selepas meninjau Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Selabat 2 semalam.

    Projek RTP Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Selabat 2 menelan kos sebanyak RM150 ribu dan merupakan satu lagi projek untuk keperluan rakyat.

    Dr Haji Hazland melahirkan rasa puas hati terhadap perjalanan projek tersebut selepas diberikan taklimat oleh wakil Syarikat Citra Mas yang bertanggungjawab membina projek sistem perparitan tersebut.

    “Segala gerak kerja dalam pembinaan sistem perparitan ini mengikut piawaian dan bergerak mengikut jadual.

    “Jika tiada halangan projek ini akan dapat disiapkan mengikut jadual seperti yang dimaklumkan wakil syarikat itu,” ujarnya.

    Projek ini merupakan projek yang diletakkan di bawah pegawasan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak yang mengambil masa selama lebih kurang 5 bulan untuk disiapkan.

    Dr Hazland semasa meninjau Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Bina Baru Sistem Perparitan Kampung Selabat 2 semalam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Bintulu hulur bantuan bekalan makanan kepada penduduk di kawasan Pengesanan...

    0
    BINTULU, 28 JANUARI 2021 (SNN) : Susulan pelaksanaan Pengesanan Kes Aktif (ACD) di Rumah Peter Bansa, Bintulu pada 25 Januari 2021 lalu, Jabatan Kebajikan...