More
    Home Sarawak Samarahan HIU19 Pupuk Integriti Dalam Pembudayaan Kerja Warga UNIMAS

    HIU19 Pupuk Integriti Dalam Pembudayaan Kerja Warga UNIMAS

    KOTA SAMARAHAN, 9 Oktober 2019 (SNN): Bahagian Dasar dan Integriti (BDI) dan Pejabat Audit Dalam (PAD) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Hari Integriti UNIMAS 2019 (HIU19) bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS hari ini.

    Perasmian HIU19 telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

    Objektif penganjuran HIU19 adalah sebagai pemangkin kepada semua warga UNIMAS agar sentiasa membudayakan peribadi yang berintegriti tinggi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing dan memupuk budaya kerja yang cemerlang dan kesedaran mengenai pentingnya untuk membina nilai-nilai murni, beramanah, jujur, setia dan berintegriti dalam segala urusan kerja seharian.

    Antara aktiviti yang diadakan seperti persembahan sketsa integriti yang bertajuk “Semarak Pertiwiku’ iaitu hasil arahan Encik Muhammad Azri bin Ali, Pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS dan dijayakan pementasan oleh para pelajar FSGK sendiri.

    Sketsa tersebut menceritakan sebab dan akibat yang dihadapi oleh individu yang terjebak dengan gejala rasuah di samping membuka mata penonton mengenai pemerkasaan integriti dan membangkitkan semangat cinta akan ibu pertiwi.

    Dalam majlis sama, turut diadakan penyerahan sijil pengiktirafan kecemerlangan penilaian kendiri Pusat Tanggungjawab (PTj) untuk Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2019 kepada 41 buah Pusat Tanggungjawab (PTj) di UNIMAS yang telah berjaya memperolehi markah 95% dan ke atas.

    Pengiktirafan ini merupakan hasil daripada auditan penilaian kendiri yang dilaksanakan oleh PTj bagi memastikan pengurusan kewangan lebih teratur dan sentiasa mematuhi peraturan kewangan universiti bermula 28 Januari hingga 15 Februari 2019 lepas yang merangkumi transaksi pengurusan kewangan sepanjang tahun 2018.

    Sesi penyerahan sijil ini akan disaksikan oleh YBhg Datu Dr Sabariah Putit, Ahli Lembaga Pengarah UNIMAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit UNIMAS, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Timbalan-timbalan Naib Canselor UNIMAS, Pengarah-pengarah UNIMAS dan kakitangan UNIMAS lain.

    Sepanjang sambutan berlangsung turut diadakan ceramah integriti yang  menampilkan tiga (3) orang penceramah iaitu  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Datu Haji Mohd Fadzil bin Abd Rahman dengan ceramah bertajuk  “Kupasan ke atas 5 Nilai Teras Utama UNIMAS: Integriti, Cekal, Ikhlas, Inovatif dan Keserakanan: Bagaimana Pelaksanaan Pembudayaannya Dalam Suasana Kerja di UNIMAS?”, penceramah kedua, Pengarah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak P/TPJ Tuan Haji Razim bin Mohd Noor dengan ceramah bertajuk “Rasuah Merupakan Ancaman Keselamatan Negara: Proses Pendidikan dan Kesedaran” dan penceramah ketiga iaitu Pengurus Besar UNIMAS Holdings Sdn. Bhd. merangkap Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Malaysia, Prof Madya Dr Abang Ekhsan B Abang Othman dengan ceramah bertajuk “Menelusuri Budaya, Nilai dan Integriti Masyarakat Jepun Dalam Konteks Perkhidmatan Awam dan Pelajar: Satu Permerhatian dan Pengalaman”.

    Selain itu, beberapa gerai pameran turut dibuka seperti UNIMAS Care, Kod Etika Berpakaian UNIMAS, SPRM dan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UNIMAS di ruang legar DeTAR PUTRA, UNIMAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Umat Islam diseru tingkatkan kefahaman tentang Islam terutama berdepan cabaran media...

    0
    LIMBANG, 30 APRIL 2024: Umat Islam khususnya di Daerah Limbang perlu meningkatkan kefahaman tentang ajaran Islam terutama ketika berdepan cabaran media sosial tanpa batas...