Projek Bekalan Air Luar Bandar bagi Daerah Limbang siap awal Oktober ini

0
221
Sesi bergambar bersama tetamu yang hadir dalam majlis

LIMBANG, 13 OGOS 2020 (SNN) : Projek Bekalan Air Luar Bandar dengan kaedah sistem Retikulasi bagi kampung-kampung dalam Daerah Limbang dijangka siap pada awal Oktober 2020 ini.

Timbalan Ketua Menteri Datu Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek yang dibiayai kerajaan Sarawak ini bermula dari Kampung Anak Tuno hingga ke Kampung Paya Lakap dan Jalan Meritam disambung semula selepas tertanggubh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Mac lalu.

“Projek yang menelan belanja sebanyak RM3,392,690 ini dijadualkan akan siap mengikut tarikh yang dirancang dan saya meminta kontraktor yang bertanggungjawab dapat melaksanakannya dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan walkabout ke Tapak Projek Retikulasi Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Anak Tuno, Limbang pada Rabu.

Tambah beliau, projek ini merupakan projek untuk rakyat semua, jadi harapannya agar semua pihak terutama penduduk sekitar dapat memberi kerjasama kepada kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan mereka.

“Kerajaan negeri juga turut memberikan peruntukan besar untuk menaik taraf serta meningkatkan lagi kapasiti Berawan Water Treatment Plant yang mana menelan kos sebanyak RM33.5 juta dan ianya dijangka siap pada 28 Oktober 2020 ini,” jelasnya.

Datuk Amar hadir dalam majlis pada Rabu di Kampung Anak Tuno

Turut hadir sama dalam majlis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pengarah NRDA Datu Hj Ubaidillah bin Hj Abdul Latif, Timbalan Residen Bahagian Limbang Hj Sebi bin Hj Abang, Pegawai Daerah Limbang Superi bin Awang Said, Pengurus Wilayah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Tie Tung Ing, wakil Sarawak Energy Berhad (SEB) Cleren Mike Francis Ketua Kampung Anak Tuno Jude Julai Ak Tikas.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here