Anak kelahiran Bintulu pengasas Serba Dinamik beli saham I-Stone Group Bhd

0
218
Datuk Awang Daud menjadi pemegang saham utama i-Stone Group Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2020 (SNN) : Ahli perniagaan kelahiran Bintulu, Datuk Awang Daud Awang Putera membeli 26.98 peratus pegangan saham dalam i-Stone Group Bhd yang menjadikan beliau sebagai pemegang saham utama dalam syarikat penyelesaian automasi pembuatan tersebut.

Beliau yang juga merupakan pengasas bersama Serba Dinamik Holdings Bhd serta Pengerusi Eksekutif Minetech Resources Bhd dan juga pemegang saham uatama, membeli 32.96 juta saham dalam i-Stone daripada One United Equity Sdn Bhd.

Pengarah Urusan i-Stone, Rebecca Tee, dalam satu kenyataan berkata, beliau berharap kerjasama dengan Awang Daud dapat meningkatkan kualiti syarikat dengan pengalaman beliau yang luas dalam sektor teknologi, pembuatan serta minyak dan gas.

Gambar hiasan Syarikat i-Stone Group Bhd

Rebecca menambah pihaknya melihat banyak peluang menerusia kerjasama dan usaha sama yang dijalin dengan beliau.

Dalam pada itu, Awang Daud berkata pelaburan dalam i-Stone merupakan satu strategi perniagaan jangka masa panjang bagi memanfaatkan teknologi Industri 4.0 dengan kemajuan baharu bakal dicatatkan menerusi pemasaran bersama produknya yang bukan hanya dalam kalangan syarikat besar tetapi juga syarikat bersaiz sederhana.

“Tahap tinggi penyesuaian produk dan kecanggihan teknikal i-Stone miliki dapat menyediakan saluran baharu bagi memanfaatkan industri makanan dan minuman, minyak dan gas serta automatif selain industri elektrik dan elektronik,” katanya.

Awang Daud juga merupakan Pengerusi ADAP 4orty Global Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam kuari, runcit, makanan dan minuman, minyak dan gas serta harta tanah.

Susulan penjualan saham tersebut, One Equity bukan lagi pemegang saham utama, manakala Tee dan Pengarah Eksekutif i-Stone, Chan Kok San kekal sebagai pemegang saham utama yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan operasi syarikat.-BERNAMA. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here