More
    Home Lain-lain Projek bekalan air bagi Rumah Babai dan Rumah Imau, Limbang akan siap...

    Projek bekalan air bagi Rumah Babai dan Rumah Imau, Limbang akan siap penghujung Mac 2021

    LIMBANG, 06 JANUARI 2021 (SNN) : Projek bekalan air merangkumi naik taraf sistem yang sedia ada bagi kawasan Rumah Babai dan Rumah Imau, Limbang dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac 2021 ini.

    Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail semasa lawatan ke tapak projek berkata, projek yang dijangka siap Mac ini nanti akan memberi manfaat kepada lebih 100 buah keluarga di dua buah rumah panjang.

    “Projek pertama di Rumah Babai menelan kos sebanyak RM390,000 manakala projek di Rumah Umai sebanyak RM295,000.

    “Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak yang merupakan Projek Rakyat Ketua Menteri Sarawak dan dijangka siap spenuhnya 31 Mac ini,” katanya ketika hadir melawat di kedua-dua tapak projek berkenaan.

    Dalam masa yang sama, Datuk Abdul Rahman turut meninjau tapak gereja yang akan dibina penghujung tahun ini serta tapak cadangan dewan serbaguna Rumah Babai.

    Di samping itu, penduduk tersebut juga akan menerima projek naiktaraf jambatan kayu menghubungkan ke Rumah Babai atas kemahuan penduduk disitu.

    Turut hadir semasa lawatan adalah wakil Jurutera Air Bahagian, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Limbang Ros Aminah Ismail, Tuai Rumah Babai Manchu dan Tuai Rumah Imau.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...