More
    Home Lain-lain Pematuhan SOP di semua pangkalan feri diperketatkan

    Pematuhan SOP di semua pangkalan feri diperketatkan

    KUCHING, 07 JANUARI 2021 (SNN) : Semua pangkalan feri yang ada di Sarawak akan diperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta-merta bagi mengelakkan tragedi tidak diingini berulang lagi.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, kesemua 12 pangkalan feri akan menempatkan dua orang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan operator feri dan pengguna mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang feri beroperasi.

    “Ekoran tragedi hitam yang berlaku pada 1 Januari lalu, kementerian telah mengadakan mesyuarat bersama JKR yang dihadiri oleh Pengarahnya Datu Ir. Zuraimi Sabki bersama wakil dari Lembaga Sungai Sarawak (LSS) bagi mencari penyelesaian jangka masa panjang dan memperbaiki kelemahan perkhidmatan feri di Sarawak.

    “Sejak awal perkhidmatan feri diperkenalkan kita sudahpun mempunyai SOP yang dikendalikan oleh JKR namun selepas itu diswastakan kepada pengendali di seluruh negeri dan kita akan memastikan SOP itu ditambah baik serta diperketatkan,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama JKR dan LSS di bangunan Masjar pada Isnin.

    Tambah beliau, peletakan papan tanda ‘Anda Sekarang Berada di Kawasan Feri Beroperasi’ turut akan diletakkan kira-kira 100 meter sebelum melepasi pangkalan feri beroperasi bagi memberitahu pengguna agar memperlahankan kenderaan masing-masing.

    Ujarnya, antara lain penguatkuasaan serta merta juga dilakukan terhadap pengguna feri iaitu semua penumpang diarahkan untuk keluar dari kenderaan dan mewajibkan untuk menggunakan jaket keselamatan serta duduk di tempat khas yang telah disediakan bagi memastikan kesemua penumpang selamat dan selesa.

    Turut hadir dalam mesyuarat Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datu Safri Zainudin, jurutera-jurutera JKR dari semua bahagian serta wakil dari LSS.

    Wakil-wakil dari JKR dan LSS yang turut hadir sama dalam mesyuarat pada Isnin

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...