More
    Home Sarawak Betong Daerah Pusa catat 1 kes positif PKBB minta penduduk kampung hadir jalani...

    Daerah Pusa catat 1 kes positif PKBB minta penduduk kampung hadir jalani ujian saringan

    PUSA, 06 JANUARI 2021 (SNN) : Semalam satu kes positif Covid-19 telah direkodkan di Daerah Pusa melibatkan Kampung Pusa iaitu seorang kanak-kanak yang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah bersama enam lagi ahli keluarga lain.

    Menurut info, kesemua mereka yang pulang dari Johor itu atas urusan ahli keluarga yang meninggal dunia di Kampung Pusa. Kes disahkan positif pada 05 Januari 2021 selepas membuat ujian saringan setibanya di Lapangan Terbang Sibu dan telahpun dipasang gelang bagi menjalani perintah kuarantin selama 14 hari dirumah.

    Ekoran keputusan makmal yang menunjukkan kes adalah positif dan telah menghadiri kenduri arwah neneknya pada 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong (PKBB) meminta penduduk kampung yang turut hadir kenduri berkenaan untuk menjalani ujian saringan secara sukarela di Klinik Kesihatan Pusa.

    Melalui surat yang dikeluarkan itu, ujian saringan boleh dilakukan pada 7 Januari 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Klinik Kesihatan Pusa.

    Pihaknya meminta kerjasama yang baik dari penduduk kampung yang terlibat atau hadir ke kenduri arwah tersebut agar sama-sama dapat mengekang penularan wabak covid-19.

    Sebarang kemusykilan orang awam boleh menghubungi pegawai yang bertugas di Bilik Gerakan Covid-19, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong di talian 083-472360.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...