Program AgriCOP bantu tingkatkan kualiti hasil petani di Sarawak

0
108
Buah tangan disampaikan kepada Datuk Julaihi sebagari tanda penghargaan

SEBUYAU, 19 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai inisiatif dan program dalam membantu meningkatkan serta mengembangkan sektor pertanian para petani di negeri ini.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) merupakan salah satu inisiatif dari kerajaan negeri dan berharap ianya akan menjadi usaha dalam menambah pendapatan kepada para petani.

“Kerajaan Sarawak juga turut memberi bantuan kepada para nelayan yang tidak dapat turun ke laut ketika musim tengkujuh,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) di Dewan Masyarakat Kampung Sampat, Sebangan, pada Khamis.

Beliau yang juda Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menyampaikan Program Bantuan Inpt Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) 2020 Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun 2020 berjumlah RM808,000 kepada 404 para nelayan di kawasan DUN Sebuyau dengan berwakilkan Abdul Rahim Johari sebagai wakil Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Sebuyau.

Datuk Julaihi bergambar bersama peserta program yang hadir

Dalam pada itu, turut disampaikan input pertanian kepada 13 peserta berupa barangan pertanian seperti racun dan pekakas untuk pertanian.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Simunjan bersama Pertubuhan Peladang Simunjan itu telah disertai oleh 87 orang peserta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here