More
    Home Sarawak Limbang Ketua Kampung antara yang ditahan terlibat dengan dadah

    Ketua Kampung antara yang ditahan terlibat dengan dadah

    LAWAS 19 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Seorang ketua kampung antara yang ditahan oleh pihak polis apabila didapati positif dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di daerah berkenaan pada Khamis lalu.

    Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, semasa serbuan dilakukan dia bersama seorang lagi rakan berusia 28 tahun dan suspek wanita berumur 36 tahun sedang berada di dalam bilik.

    “Ini merupakan kali kedua suspek berusia 54 tahun itu ditahan oleh pihak polis dan pertama kalinya ditahan pada awal tahun ini.

    “Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pihak kami menjumpai empat keratan tiub straw lutsinar berwarna merah disyaki dadah jenis syabu dan satu keratan lutsinar bewarna biru jernih,” katanya menerusi satu kenyataan.

    Ujar beliau, keseluruhan dadah seberat 1.15 gram bernilai RM120 itu telah disorok dalam satu beg kecil di atas lantai bilik berkenaan.

    Hasil serbuan itu juga mendapati suspek mengaku melakukan kesalahan itu sejak tahun 1995 lagi sehingga kini manakala suspek lelaki seorang lagi mula terlibat sejak tahun 2012 hingga kini serta suspek wanita mengaku mula terlibat sejak awal tahun lepas.

    Ketiga-tiga suspek ditahan di lokap, Balai Polis Lawas untuk siasatan mengikut Seksyen 12(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...