Datuk Malcom hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Engkilili

0
62
Bekalan makanan dan keperluan harian turut disampaikan kepada mangsa

SRI AMAN, 18 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri Sarawak, Datuk Malcom Mussen Lamoh hari ini turun padang menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Rumah Panjang Naga Tagee dan Rh Jackson Atit, Engkilili yang musnah dalam satu kebakaran pada Rabu lalu.

Beliau telah menyumbangkan bekalan makanan dan keperluan harian selain menyampaikan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas.

Datuk Malcom yang hadir turut diiringi oleh Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit, Pegawai Daerah Lubok Antu, Richard Ngumbang.

Setiap isi rumah yang terjejas menerima sumbangan dari Datuk Malcom

Pada 16 September lalu, satu kebakaran telah memusnahkan dua buah rumah panjang kira-kira pada jam 5.13 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here