More
    Home Polis Siasat Kes Buli di Miri

    Polis Siasat Kes Buli di Miri

    MIRI, 16 Julai (SNN)- Polis sedang menyiasat lima remaja termasuk seorang pelajar sekolah menengah yang dipercayai terlibat dalam kes buli membabitkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Miri, Sarawak pada 8 Julai lalu.

    Portal Utusan Borneo melaporkan, siasatan dilakukan selepas satu laporan polis dibuat bapa mangsa semalam yang mendakwa anaknya dipukul oleh lima remaja di sekolah menengah di Miri.

    Video kejadian buli berkenaan turut tular dalam media sosial sejak malam tadi. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa dipercayai ditumbuk dan ditendang sekumpulan lima remaja.

    “Bapa mangsa membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh anaknya berhubung video tular dalam WhatsApps yang menyaksikan mangsa sedang dibuli.

    “Mangsa takut membuat laporan kerana telah diugut oleh suspek-suspek,” katanya. Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan susulan.

    Polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Sumber : UTUSAN ONLINE

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak sedia guna dana sendiri sebagai penadahuluan baiki sekolah dan...

    0
    SIBU, 19 APRIL 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak menyambut baik dasar baharu yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan kerajaan negeri menggunakan dana sendiri sebagai pendahuluan...