UNIMAS Buat Kerjasama Dengan Senari Synergy ke Arah Menyediakan Air Terawat di Kawasan Terpencil

0
159
Professor Datu Mohd Fadzil bin Abdul Rahman (tiga dari kiri) semasa pertukaran dokumen memorandum persefahaman dengan Haji Jefri Ahmad Tambi (empat dari kanan) dengan disaksikan oleh Datuk Patinggi Abang Haji Abudul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (tengah) di Wisma Bapa Malaysia, Kuching semalam.

KUCHING, 18 Julai 2019 (SNN)- Memorandum Persefahaman (MoU) antara Senari Synergy dan UNIMAS yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berkualiti dan tidak konsisten yang timbul daripada tekanan air yang rendah, paip berkarat dan pengedaran air yang tidak sekata untuk penduduk di kawasan luar bandar telah ditandatangani semalam dengan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

MoU ini akan membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang yang melibatkan pembangunan infrastruktur bekalan air sedia ada di kawasan terpencil yang sukar diakses. Projek ini akan melibatkan pembangunan sistem mandiri yang akan membantu melengkapkan Program Air Grid Negeri Sarawak yang sedia ada.

Haji Jefri yang mewakili Senari Synergy berkata, “Senari Synergy sangat teruja dengan kerjasama bersama dengan UNIMAS kerana ini akan membolehkan kita membantu Negeri Sarawak dalam menyediakan bukan sahaja air bersih yang sangat diperlukan di kawasan luar bandar tetapi lebih penting memastikan kos yang efektif dan penghantaran tepat pada masanya melalui penyediaan sistem mandiri”.

“Senari Synergy mempunyai kepakaran teknikal yang diperlukan dan kemahiran pengurusan projek yang relevan melalui pengalaman selama sedekad dalam membangun dan menguruskan kerja-kerja infrastruktur dan pengalaman ini pastinya akan membantu dalam memudahkan perlaksanaan projek” tambahnya.

Prof Datu Mohd Fadzil pula berkata “UNIMAS telah bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dalam penyahgaraman air dan telah menyediakan bekalan air mandiri ke beberapa kawasan terpencil. UNIMAS berhasrat menaik taraf bekalan air luar bandar menerusi penyelidikan dan inovasi yang berterusan dalam bidang nanoteknologi. Keistimewaan penyahgaraman air UNIMAS adalah berpotensi untuk menjana pulangan modal yang tinggi disebabkan oleh penggunaan teknologi tempatan serta kadar pengeluaran air yang tinggi. Selain itu, penyahgaraman air UNIMAS adalah projek yang menjimatkan kos kerana tenaga yang rendah, mengurangkan gas rumah hijau dan mesra alam. Kerjasama dengan Senari Synergy akan membantu kami memperluaskan teknologi ini ke kawasan yang lebih besar dan langkah ke arah mencapai inisiatif kerjasama sektor swasta bersama UNIMAS”, katanya.

Abang Jo pula berkata, “Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan menyokong inisiatif kerjasama antara UNIMAS dan Senari Synergy. Ini diharapkan akan menyelesaikan isu-isu lama yang membabitkan air bersih, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat kita yang lebih baik”.

Senari Synergy diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Haji Jefri Ahmad Tambi manakala UNIMAS diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman. Turut hadir Pengerusi Senari Synergy Sdn Bhd, Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Lo May Chuin, Pengarah Kanan Inovasi Penyelidikan dan Pusat Penyelidikan, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Nor, dan Prof M. Shahidul Islam, Profesor di Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here