More
    Home Polis cari individu yang biadap meletakkan telinga babi di Masjid Wan Alwi...

    Polis cari individu yang biadap meletakkan telinga babi di Masjid Wan Alwi Tabuan Jaya

    KUCHING, 05 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Saat umat muslim selesai menunaikan solat fardhu Jumaat semalam telah digemparkan dengan kejadian tidak bermoral oleh individu yang sengaja memainkan sensitiviti keagamaan dengan meletakkan bahagian telinga babi di mimbar Masjid Wan Alwi Tabuan Jaya.

    Jawatankuasa Pengurusan Masjid Wan Alwi dalam satu kenyataan mengesahkan, mereka menjumpai anggota bahagian telinga babi yang telah diletakkan di mimbar masjid berkenaan selepas jemaah menunaikan solat Jumaat.

    “Kita tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa mungkin sebagai satu teguran Allah kepada Masjid Wan Alwi yang perlu disemak dan diperbaiki dan hanya bersabar menyerahkan kejadian ini kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosial Masjid Wan Alwi.

    Bahan bukti telahpun dialih keluar oleh pihak pengurusan masjid namun bukti pelaku yang bertanggungjawab tidak dapat dikesan.

    Laporan polis telahpun dibuat dan kes tersebut masih dalam siasatan.

    Jawatankuasa Pengurusan masjid meminta semua jemaah bersabar dan berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat perlindungan dan rahmatNya. Semoga kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...