Daerah Bau bakal jadi bandar peranginan

0
233
ADUN Tasik Biru menandatangani Plak sebagai simbolik perasmian Bilik Gerakan Wanita di Bau.

BAU 05 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Daerah Bau bakal berubah menjadi sebuah bandar peranginan pada masa depan yang mana kerajaan kini dalam proses perancangan untuk merealisasikan impian itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, perkara itu dalam perancangan kerajaan negeri dan sudah ada pelabur dari luar yang berminat untuk membangunkan kawasan Tasik Biru.

“Daerah Bau memiliki Taman Hijau yang mempunyai sebuah pada golf, tapak baru bagi Bangunan Pejabat Majlis Daerah Bau serta sebuah muzium dan ini adalah perancangan untuk menjadikan Bau sebagai bandar maju selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat disitu.

“Dengan adanya peluang pekerjaan maka rakyat akan ada kuasa beli,” jelas beliau semasa berucap dalam Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pertubuhan Wanita Daerah Bau, hari ini.

Dato Henry hadir merasmikan bilik gerakan wanita Daerah Bau.

Dalam pada itu, beliau turut berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak untuk memohon supaya sebuah jalan dibina bermula dari Kampung Sibuluh hingga ke lampu isyarat Bau.

Ujar beliau lagi, pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu beliau telah meluluskan projek pembinaan tersebut dengan kos berjumlah RM100 juta.

Ramai golongan wanita di Daerah Bau yang berjaya dalam perniagaan namun mereka masih memerlukan sokongan maka dengan itulah bilik gerakan ini ditubuhkan bagi membolehkan perbincangan untuk membantu mereka mendapatkan bantuan dapat dilaksanakan.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here