More
    Home Belia Sarawak digalakkan ceburi bidang pengeluaran makanan

    Belia Sarawak digalakkan ceburi bidang pengeluaran makanan

    KUCHING, 04 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Belia Sarawak digalakkan melibatkan diri dalam industri pengeluaran makanan dengan mengadaptasikan sistem Intenet Untuk Segala-galanya (IoT) dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeluar utama makanan.

    Naib Presiden Pertubuhan Belias Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pertanian secara moden merupakan cabang baharu pertanian yang mampu menarik minat generasi muda menceburi bidang itu kerana pengusahaannya menggunakan teknologi-teknologi moden.

    “Kita mempunyai ramai graduan pada masa kini, kita amat menggalakkan mereka untuk ceburi bidang pertanian moden terutama pertanian yang dikendalikan melalui sistem IoT dimana dapat mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti.

    “Golongan usahawan tani di negeri ini juga perlu berani untuk melakukan perubahan dengan melibatkan diri dengan pertanian moden,” katanya ketika ditemui selepas melawat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi pada Khamis.

    Dr Abdul Rahman ditemui semasa lawatan ke
    Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi

    Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, Sarawak mempunyai ramai petani namun masih mengusahakan pertanian mereka secara konvensional dan kita mahu mengajak mereka bersama-sama terlibat dengan pertanian moden.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...