More
    Home Lain-lain Olimpik Tokyo 2020: Penduduk Tokyo berbeza pandangan sekiranya temasya itu diteruskan

    Olimpik Tokyo 2020: Penduduk Tokyo berbeza pandangan sekiranya temasya itu diteruskan

    SNN, 24 JULAI 2020 : Penduduk Tokyo menyuarakan pandangan yang berbeza sekiranya temasya Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan ke tahun hadapan akan diteruskan.

    Menurut petikan laporan ‘Associated Press’, sesetengah penduduk tersebut berpendapat sekiranya pihak penganjur mengambil langkah yang sewajarnya lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19, penganjuran sukan bertaraf dunia itu selamat untuk diteruskan.

    Namun begitu, ada juga yang berpendapat sekiranya temasya itu diadakan maka tempat tersebut akan dibanjiri oleh penonton dari luar negara, itu tidak akan menjamin keselamatan bagi mereka yang menyertai dan menonton sepanjang temasya itu berlangsung.

    Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh media tempatan, Kyodo News Agency, 25 peratus penduduk bandar berkenaan berpendapat temasya itu patut diteruskan tahun hadapan manakala 70 peratus lagi berpendapat temasya itu perlu dibatalkan atau ditunda sekali lagi.

    Terdahulu, Presiden Tokyo 2020, Yoshiro Mori berpendapat Sukan Olimpik Tokyo berkemungkinan tidak akan diteruskan sekiranya pandemik Covid-19 masih berterusan.

    Pada Mac lalu Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan susulan penularan Covid-19 dan akan dilangsungkan semula pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.-BERNAMA. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...