More
    Home Sarawak Samarahan PKMA UNIMAS Anjur Seminar Kepustakawanan 2019

    PKMA UNIMAS Anjur Seminar Kepustakawanan 2019

    Kuching, 12 September 2019 (SNN) – Seminar Kepustakawanan 2019 yang berlangsung selama dua (2) hari bermula semalam dan hari ini anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Maizan binti Ismail, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

    Dalam ucapan Puan Maizan binti Ismail, beliau menyatakan seminar ini merupakan platform terbaik kepada para profesional maklumat untuk terus mewujudkan perkongsian pintar, berkolaborasi dan memberi nilai tambah  ke arah amalan terbaik serta ilmu baharu kepustakawanan agar terus relevan demi memenuhi keperluan pengguna dan masyarakat umumnya.

    Turut hadir bagi menyampaikan ucapan aluan adalah Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UNIMAS yang mewakili Naib Canselor UNIMAS.

    “Tema Seminar Kepustakawanan 2019 dilihat diiring dengan hala tuju UNIMAS iaitu ‘Nurturing Future Graduate, Strengthening Teaching Excellence, Enhancing Student Experience’ yang juga memfokuskan kepada komuniti UNIMAS dan juga kepada masyarakat sekeliling. Selain itu, ia juga memperkasakan masyarakat dalam ruang lingkup Universiti yang penuh maklumat, memerlukan penglibatan, komitment padu semua warga universiti,” kata Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dalam ucapan aluannya.

    Seminar bertemakan ‘Memanusiakan Maklumat, Memperkasakan Masyarakat’ ini memfokuskan kepada tiga (3) perkara berikut:

    1. Pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam Perpustakaan/Pusat Maklumat;

    2. Keterlibatan Perpustakaan dengan masyarakat;dan

    3. Kolaborasi pintar mendepani cabaran.

    Seminar telah dihadiri seramai 86 orang termasuk 15 orang pembentang kertas kerja.

    Antara peserta yang hadir semasa Seminar Kepustakawanan 2019 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching kelmarin.
    Persembahan kebudayaan antara pengisian semasa Majlis Perasmian Seminar Kepustakawanan 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Julaihi Narawi terima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama

    0
    KUCHING, 28 FEBRUARI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer BioNTech...