More
    Home Majlis Pecah Tanah Jambatan Rambungan Pada 24 November 2019

    Majlis Pecah Tanah Jambatan Rambungan Pada 24 November 2019

    Lundu, 12 September 2019 (SNN)  – Majlis Pecah Tanah Jambatan Rambungan akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pada 24 November ini.

    Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi mengadakan lawatan tapak pada hari Selasa lepas bertujuan meninjau tapak jambatan itu sendiri untuk melihat secara lebih dekat sebagai persediaan Majlis Pecah Tanah pembinaan jambatan itu pada bulan November nanti.

    Menurut Julaihi yang juga ADUN Sebuyau, Majlis Pecah Tanah tersebut menandakan bermulanya kerja di tapak pembinaan jambatan tersebut. Beliau menambah bahawa  kos pembinaan Jambatan Rambungan ini adalah di bawah Kerajaan Sarawak selepas Kerajaan Persekutuan membatalkan pembinaannya sebelum ini. 

    Projek ini telahpun ditender secara terbuka dan ketika ini sedang dalam penilaian terakhir bagi memilih kontraktor yang layak sebelum diputuskan di peringkat akhir. 

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu. ADUN Tasik Biru, Dato Henry Jinep, SUT Kementerian MIPD Datu Safri Zainuddin, Penolong Pengarah JKR Sarawak, John Aten serta tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Samat Ghany, Buang Hj Bolhassan dan Dyg Fifie Datuk Abg Abdul Karim.

    Julaihi bersama rombongan lawatan tapak. Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah binti Haji Anu serta ADUN Tasik Biru, Dato Henry Jinep

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...