More
    Home Sarawak Betong PGA Rampas Rokok dan Minuman Keras Bernilai RM2 juta di Saratok

    PGA Rampas Rokok dan Minuman Keras Bernilai RM2 juta di Saratok

    SARATOK, 28 Oktober 2019 (SNN) : Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatatkan jumlah rampasan kira-kira RM1,926,660 merangkumi rokok, bir tidak bercukai dan dua buah kenderaan dalam Op Libas di dua lokasi berasingan di sini pada Isnin.

    Operasi itu dijalankan oleh Cawangan Risik Kompeni C Batalion 10 PGA Sri Aman sekitar jam 11 pagi di Pasar Saratok dan di sebuah rumah teres setingkat di Taman Lily, Jalan Unak, dekat sini. 

    Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintenden Sanudin Md Isa dalam serbuan pertama di pekan Saratok, sejumlah 412 karton rokok pelbagai jenis yang bernilai RM74,160.00 dirampas, dan dua buah kenderaan yang digunakan untuk menyimpan rokok tanpa cukai bernilai RM130,000 turut dirampas.

    “Seorang lelaki berusia 25 tahun yang mengaku memiliki kedua-dua kenderaan terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

    “Dalam serbuan kedua di sebuah rumah teres di Taman Lily, pasukan PGA berjaya merampas 9,500 karton rokok dan 150 kotak beer tidak bercukai yang bernilai RM1,732,500.00 yang disembunyikan di dalam bilik dan ruang dapur rumah tersebut turut dirampas,” katanya, dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat (IPD) Saratok, hari ini.

    Menurut Sanudin, kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

    Tambahnya lagi, kesemua rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok untuk tindakan selanjutnya.

    PGA bersama barang rampasan termasuk karton rokok dan kotak beer tidak bercukai (Foto: PDRM)

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...