More
    Home Sarawak Samarahan Hari Terbuka FPSK Tingkatkan Kesedaran Kesihatan

    Hari Terbuka FPSK Tingkatkan Kesedaran Kesihatan

    KOTA SAMARAHAN, 27 Oktober 2019 (SNN) : Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Hari Terbuka FPSK 2019 baru-baru ini.

    Perasmian Hari Terbuka FPSK 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Ahmad Hata bin Rasit yang turut sama disaksikan oleh barisan Dekan-dekan fakulti, Pengarah-pengarah, staf-staf dan pelajar-pelajar UNIMAS lain.

    Profesor Dr Ahmad Hata dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan penghargaan ke atas kerjasama dan semangat berpasukan yang padu ditonjolkan oleh para staf dan pelajar FPSK dalam menjayakan Hari Terbuka FPSK 2019.

    Beliau berkata, pemilihan tema ‘Discovering and Celebrating Lifelong Wellness’ juga bertepatan dengan usaha untuk memperluaskan kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan yang berterusan.

    “ Sekarang ini semakin banyak jenis penyakit muncul dan berkait-rapat dengan cara kehidupan kita. Peningkatan prevalen penyakit-penyakit berkaitan dengan cara hidup ini adalah punca daripada tingkahlaku kita sendiri. Oleh demikian, adalah wajar untuk setiap kita terutama yang telah didiagnosis dengan penyakit tertentu, untuk mengamalkan cara hidup sihat,” katanya lagi.

    Bantuan kecemasan..” Persembahan ‘Trauma Moulage’ yang menceritakan detik-detik cemas penyelamatan perubatan mangsa yang berdepan dengan kes runtuhan bangunan (Foto : FPSK Unimas)
    Profesor Dr Haji Ahmad Hata menyertai ‘Trauma Moulage’ untuk misi menyelamat mangsa bangunan runtuh (Foto : FPSK Unimas)

    Beliau menambah, amalan hidup yang sihat hanya akan berkesan jika individu memberi penekanan kepada amalan-amalan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan seperti makan makanan sihat dan seimbang, aktif melakukan aktiviti fizikal dan memastikan tahap kesihatan mental pada tahap optima.

    Katanya, pengetahuan dan amalan pencegahan penyakit jika tidak dipraktikkan  maka ianya tidak akan memberi impak kepada kesejahteraan kesihatan.

    Dalam teks ucapan Dekan FPSK yang dibacakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Sarjana) FPSK, Profesor Dr Asri Said memberitahu sebelum ini, dua aktiviti telah dijalankan iaitu aktiviti ‘ Community Outreach’ di SMK Matang Jaya yang memfokuskan tentang langkah berhenti merokok dan aktiviti kedua iaitu Bengkel ‘Back and Pain Management’ 

    Kata beliau, antara aktiviti yang dijalankan semasa Hari Terbuka FPSK seperti demonstrasi perkhidmatan kesihatan, pameran poster penyelidikan, ceramah penyelidikan, pameran pusat simulasi klinikal, zumba dan persembahan ‘ Trauma Moulage’ oleh pelajar kejururawatan UNIMAS.

    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Haji Ahmad Hata bin Rasit ketika menyampaikan ucapan perasmian (Foto : FPSK Unimas)

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...