4,038 Graduan Terima Ijazah Dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-23

0
385
4038 graduan menerima ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS

Kota Samarahan, 31 Oktober 2019 (SNN): Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-23 telah berlangsung selama tiga hari dalam lima sidang bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS.

Pengisytiharan majlis konvokesyen ke-23 telah disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada hari pertama sidang berlangsung.

Dalam majlis tersebut, TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada 56 graduan manakala peringkat Sarjana seramai 428 graduan.

Pada sidang pertama ini juga menyaksikan penyampaian anugerah-anugerah khas iaitu Anugerah Pelajaran DiRaja kategori Bumiputera yang dianugerahkan kepada Nur Hanisash Basuan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Anugerah Pelajaran DiRaja kategori Bukan Bumiputera dianugerahkan kepada Shervin Leong Weng Bee dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP), Anugerah Canselor kepada Kelvin Juing anak Tinggom dari Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Anugerah Pro Canselor kepada Muhammad Haziq bin Roslan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).

Pengisytiharan majlis konvokesyen ke-23 telah disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
 
Pro Canselor UNIMAS, YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg

Secara keseluruhan, jumlah graduan kali ini yang akan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 4038 orang dalam lima sidang bertempat di DeTAR PUTRA UNIMAS.

Sementara itu, sidang kedua yang diadakan pada 29 Oktober 2019 menyaksikan penyampaian ijazah kepada graduan dari FEP iaitu seramai 564 orang dan graduan dari FK yang seramai 349 orang.

Manakala sidang ketiga yang diadakan pada sebelah petang pula menyaksikan penyerahan ijazah kepada 548 graduan dari FSTS dan 389 graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Penyampaian ijazah kepada para graduan kedua-dua sidang ini (sidang kedua dan sidang ketiga) telah disempurnakan oleh Pro Canselor UNIMAS, Ybhg Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang.

Manakala sidang keempat diadakan pada 30 Oktober 2019 dengan penyampaian ijazah kepada graduan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS, YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg pada sebelah pagi.

Barisan graduan yang bergraduasi pada sidang ketiga adalah graduan dari FSKPM seramai 488 orang dan graduan dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) seramai 412 orang.

Manakala penyampaian ijazah untuk sidang kelima (sebelah petang) telah disempurnakan oleh Pro Canselor UNIMAS, Ybhg, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Graduan-graduan sidang kelima ini adalah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) seramai 53 graduan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) seramai 190 graduan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) seramai 561 graduan.

TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa menyampaikan Ijazah Sarjana kepada salah seorang graduan.
TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri bersama graduan yang menerima anugerah khas
Antara sebahagian ibu bapa yang hadir bersama meraikan anak masing-masing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here