Petronas bayar RM2.9 bilion SST kepada Sarawak

0
84

KUCHING, 18 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Petronas dan anak syarikatnya telah membayar Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum dengan jumlah RM2,956,671,407.36 kepada kerajaan negeri Sarawak pada semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah menerima cek tersebut daripada pihak Petronas yang merupakan bayaran bagi tahun 2019.

Bermula 1 Januari 2019, kerajaan Sarawak telah mengenakan SST lima peratus keatas produk petroleum seperti minyak mentah, petroleum cecair, Urea yang dijual sepertimana termaktub dalam Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

Jelasnya, pembayaran yang dibuat oleh Petronas ini hasil rundingan dan kata sepakat diantara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak serta syarikat minyak negara itu.

“Susulan daripada penyelesaian prosiding berkenaan, Petronas dan anak syarikatnya kini dianggap sebagai ‘pembayar cukai, dan perlu mengemukakan pulangan mereka kepada Komptroler SST.

“Dengan itu Komptroler telah membuat penilaian pembayaran cukai yang perlu dibayar oleh Petronas dan anak syarikatnya sepertimana yang tertulis di dalam notis berkaitan di bawah Ordinan pada 10 September 2020,” kata beliau ketika Majlis Penyerahan Cek Hasil SST daripada Petronas kepada Kerajaan Nergeri Sarawak, pada Khamis.

Jumlah cek bernilai RM2.9 bilion diterima kerajaan negeri daripada Petronas

Susulan itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada syarikat minyak dan gas seperti Shell, Murphy Oil, Pertamina dan Sapura OMV yang telah membayar dan menyelesaikan cukai kepada negeri itu yang berjumlah RM1.38 bilion secara keseluruhan.

Tegas beliau lagi, dengan pembayaran itu kerajaan Sarawak akan memberikan tumpuan keutamaan penuh kepada pembangunan di Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here