More
    Home Sarawak Limbang Kampung Seberang Lawas terus dilimpahi dengan pembangunan infrastruktur

    Kampung Seberang Lawas terus dilimpahi dengan pembangunan infrastruktur

    LAWAS, 17 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kampung Seberang, Lawas dalam perancangan pembinaan kemudahan awam seperti surau, jeti, jalan raya dan jambatan di bawah Program Pembangunan Luar Bandar.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penyediaan kemudahan ini apabila siapnya kelak akan meningkatkan kualiti ekonomi penduduk setempat disamping mereka menikmati kemudahan yang lebih baik.

    “Sebahagian dari kampung itu akan dibangunkan di bawah Program Pembangunan Bandar yang mana tujuan utamanya adalah supaya masyarakat disitu dapat menjalankan perniagaan dan perusahaan.

    “Manakala jambatan dan jalan akan dibina di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA),” katanya ketika mengadakan Walkabout Projek Surau dan Jeti Kampung Seberang, Lawas pada Isnin.

    Datuk Amar memberi penerangan mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan di kawasan itu

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut menggesa supaya penduduk sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga disamping memastikan kualiti pendidikan anak-anak terjamin melalui kerjasama diantara penduduk kampung.

    Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II Datu Dr Zaidi Hj Mahdi, Ketua Pegawai Eksekkutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Abdullah bin Julaihi, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney bin Hj Ahmad Fauzi Pegawai Daerah Lawas Ladin bin Atok.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    ATC Kubong bakal dijadikan stesen pengeluaran hasil pertanian bermutu tinggi

    0
    LIMBANG, 20 JAJUARI 2021 (SNN) : Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah (MANRED) dalam kajian menambahbaik stesen-stesen pertanian atau Agriculture Training Centre...