Dua nelayan selamat, seorang maut dalam tragedi kapal tunda karam di perairan Kabong

0
126
Bot nelayan karam selepas dipukul ombak serta angin yang kencang

KABONG, 18 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Dua nelayan selamat manakala seorang lagi meninggal dunia selepas kapal tunda milik mereka karam di perairan laut Kabong.

Bot nelayan yang dikatakan berasal dari Kampung Beladin itu telah karam akibat dipukul ombak dalam kejadian angin ribut pada Rabu (malam).

Menurut saksi dari Kampung Alit, seorang daripada mangsa kejadian telah terdampar di kawasan pantai Alit dan berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dari Rumah panjang Bubus Alit manakala seorang lagi dijumpai di tepi pantai Kampung Gerigat.

Mayat mangsa yang tewas dalam kejadian itu turut ditemui oleh penduduk kampung di sekitar kawasan pantai Alit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd. Chee Kadir hadir di Kampung Gerigat menemui mangsa yang terselamat dalam tragedi bot karam berkenaan.

Salah seorang mangsa yang selamat dijumpai oleh penduduk kampung

Mangsa yang terselamat kini telah dibawa ke Klinik Kesihatan Nyabor dan Klinik Kesihatan Kabong untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa yang tewas akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi bot karam berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here