More
    Home Peruntukan ADUN untuk ahli Parlimen Sarawak - Abang Jo

    Peruntukan ADUN untuk ahli Parlimen Sarawak – Abang Jo

    Kuching,18 Mei 2018 (SNN) – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinannya akan memberi peruntukan kepada 19 orang ahli parlimen BN yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 tempoh hari.

    Jelas beliau, kerajaan negeri berhasrat membantu setiap ahli-ahli parlimen BN dengan peruntukan tahunan meliputi projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM 1 juta, projek transformasi luar bandar (RTP) sebanyak RM 5 juta dan dana bagi pusat khidmat parlimen masing-masing berjumlah RM 250, 000.

    Beliau pada ketika itu merasmikan Majlis Web e-Cemetery dan Pengagihan Bubur Masja-Sa di perkarangan Masjid Jamek Negeri di Petrajaya.

    Ketika ditanya mengenai perancangan BN Sarawak terutama dalam soal hala tuju dan kedudukan mereka, Abang Johari berkata ia akan dibincangkan selepas Ramadan ini.

    Beliau mahu memberikan tumpuan ibadah Ramadan dan sebarang mesyuarat mengenai hala tuju, polisi dan cadangan pembentukan parti gabungan Sarawak baharu akan dimaklumkan pada satu tarikh yang sesuai selepas puasa.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...