More
    Home e-Cemetery mudahkan urusan penziarah

    e-Cemetery mudahkan urusan penziarah

    Kuching, 21 Mei 2018 (SNN) – Penggunaan teknologi E-Cemetry oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) merupakan satu usaha permodenan sistem pengurusan kubur yang pintar.

    Bercakap semasa dalam majlis perasmian E-Cemetry di Masjid Jamek Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patingi (Dr) Abang Johari berkata pelancaran laman sesawang berkenaan akan memudahkan penziarah melawat ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Samarian.

    Ini akan memudahkan dan mempercepatkan ahli keluarga untuk mencari lokasi kubur ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia di perkuburan Samariang. Melalui pelancaran laman sesawang ini juga, kita dapati LAKMNS semakin tersusun

    Pelancaran laman sesawang e-Cemetery merupakan jalinan kerjasama antara LAKMNS dan Sarawak Information System Sdn  Bhd. (Sains).

    Dalam majlis berkenaan, Datuk Patinggi Abang Johari turut mengedarkan bubur lambuk ‘MASJA-SA’ kepada orang awam di perkarangan Masjid Jamek Kuching. Beliau turut menyeru kepada masyarakat Islam supaya menggunakan sepenuhnya bulan Ramadan ini untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan masjid.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...