Jangan berlagak seperti menteri – Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

1
604
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegur sikap pemimpin DAP Sarawak mengeluarkan kenyataan tanpa ada kapisiti mewakili kerajaan persekutuan.

Kuching, 18 Mei 2018 (SNN) – Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegur sikap Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen supaya tidak terlalu ghairah mengumumkan ‘polisi-polisi baharu bagi pihak Pakatan Harapan.

Menurutnya, Chong tidak wajar melakukan tindakan berkenaan memandangkan beliau tidak menjawat sebarang jawatan sebagai menteri atau jurucakap rasmi Pakatan Harapan.

Teguran itu berikutan tindakan Chong yang mengeluarkan kenyataan bahawa tawaran mengembalikan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 mewakili Pakatan Harapan tidak dapat terlaksana akibat keengganan kerajaan negeri menandatangani tawaran berkenaan sebelum PRU-14. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada itu juga berkata;

Chong tidak perlu berlagak dan fikir yang DAP adalah kerajaan di Sarawak.  Dia lupa bahawa Barisan Nasional diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah kerajaan. 

Tambah beliau lagi, tindakan Chong mengeluarkan kenyataan untuk meneruskan projek lebuhraya Pan Borneo masih diteruskan seolah-olah beliau adalah Menteri Pengangkutan.

 

1 COMMENT

  1. Memang patut pun nya nak bunyi. Cdak PH kerajaan d bhgn pusat. Tauk la cdak polisi baru kah apa. Mun sekadar menteri belia sukan negeri apa jak ada d sia. Ingat tek menteri kewangan kah menteri perumahan kah hehe tok menteri belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here