UNIMAS Berjaya Menempatkan Diri Dalam Universiti Terbaik di Dunia

0
133
UNIMAS berjaya menempatkan diri di dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2020

KOTA SAMARAHAN, 20 Jun 2019 (SNN)- Buat pertama kali dalam sejarah sejak 27 tahun penubuhan, UNIMAS berjaya menempatkan diri di dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2020 di antara 1000 universiti terbaik di dunia iaitu di tempat ke 801.

Pengiktirafan tersebut menurut Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi adalah satu penghargaan kepada kakitangan dan pelajar serta rakan kongsi UNIMAS lain atas kerjasama dan sokongan padu selama ini.

“ UNIMAS ingin berkongsi khabar gembira bahawa Universiti ini telah disenaraikan sebagai di antara 1000 Universiti terbaik di dunia dan  kejayaan ini adalah satu pencapaian yang amat mengagumkan,” katanya.

Menurut Naib Canselor, UNIMAS mempunyai pelan strategik yang memastikan keseimbangan komuniti yang lestari dan mampan untuk mencapai sasaran meningkatkan kehidupan komuniti di peringkat tempatan mahupun global.

“ Sekarang ini, kita akan memfokuskan usaha untuk meletakkan UNIMAS dalam posisi yang lebih baik supaya muncul sebagai pusat pendidikan terbaik di dunia yang mampu menarik lebih ramai pelajar dari luar negara.

“ Ini juga akan membantu kita menarik rakan-rakan kongsi dari institusi terbaik di peringkat global untuk bekerjasama dengan UNIMAS dalam pelbagai sektor seperti penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, QS WUR 2020 telah mengumumkan secara rasmi senarai Universiti terbaik dunia kelmarin berdasarkan enam indikator utama iaitu  reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah staf akademik pelajar, jumlah sitasi per staf akademik, bilangan staf akademik antarabangsa dan bilangan pelajar antarabangsa.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here