UNIMAS Terima Bantuan Zakat Asnaf RM30,000.00 Daripada Bank Islam

0
15
YBhg Prof Dr Ahmad Hatta, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) menerima sumbangan zakat asnaf berjumlah RM30,000.00 daripada Bank Islam bagi pihak UNIMAS

Kota Samarahan, 5 Julai 2019 (SNN) – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) baru-baru ini telah menyerahkan bantuan zakat asnaf berjumlah RM30,000.00 kepada UNIMAS sempena Rumah Terbuka Bank Islam. Cek zakat berkenaan telah diserahkan kepada YBhg Prof Dr Ahmad Hatta, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) yang menerima sumbangan tersebut bagi pihak  UNIMAS untuk diagih-agihkan kepada pelajar-pelajar dari golongan asnaf yang memerlukan. 

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menunaikan satu daripada rukun Islam yang kelima, iaitu membayar zakat perniagaan, Bank Islam setiap tahun akan menunaikan tanggungjawab tersebut kepada sebahagian daripada Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Dengan cara ini, Bank Islam berharap akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar asnaf. Sumbangan ini diharapkan dapat menerapkan semangat saling bantu-membantu seterusnya mewujudkan nilai-nilai murni dan amal sihat masyarakat penyayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here