More
    Home Sarawak Samarahan Perkongsian Ilmu Pemenang Anugerah Dokumentari, Harun Rahman di UNIMAS

    Perkongsian Ilmu Pemenang Anugerah Dokumentari, Harun Rahman di UNIMAS

    KOTA SAMARAHAN, 15 April 2019 (SNN)- Pemenang anugerah filem dokumentari, Harun Rahman akan mengadakan perkongsian pengalaman beliau dalam dunia pembikinan filem dokumentari kepada pelajar UNIMAS pada Khamis, 18 April 2019.

    Dalam sesi perkongsian ilmu itu, beliau akan menceritakan pengalaman sepanjang penglibatan aktif di dalam industri pembikinan filem dokumentari sekaligus mengangkat nama beliau di beberapa festival filem tempatan dan antarabangsa.

    Bersama isterinya, Harun telah menubuhkan syarikat produksi, Nuvista Media Sdn Bhd pada 1991 dan menawarkan banyak perkhidmatan produksi dan pasca-produksi berkaitan dengan produksi berbentuk fakta untuk banyak stesen TV di Malaysia dan antarabangsa termasuk RTM, Astro, National Geographic Channel, Discovery Channel, History Channel and Channel NewsAsia.  Selain bergiat aktif dalam pembikinan dokumentari, Harun juga merupakan pengasas dan presiden Malaysia Documentary Association (MyDocs).

    Menurut Pengarah Festival Mini Filem, Mohd Affendi Azizan, antara karya terkenal Harun seperti Aerial Indonesia, Sumatra’s Last Tigers, Rising Sun over Malaya and On Borrowed Time. “Dari situ, kita boleh dapati beliau pernah menghasilkan dokumentari dalam pelbagai subjek atau sudut seperti tentang budaya, sejarah dan juga pemuliharaan hidupan liar”, tambah Affendi lagi.

    Sesi perkongsian ilmu bersama Harun ini juga dilihat sebagai medium terbaik untuk  mengenali tentang MyDocs dan bagaimana penglibatan dalam organisasi itu boleh mendatangkan kebaikan kepada penggiat filem dokumentari di Sarawak.

    Sesi perkongsian ilmu ini, akan di adakan dalam dua sesi iaitu pada sesi pagi bermula pada 9 pagi di mana Harun berkongsi tentang pengalaman professional beliau dalam industri, diikuti dengan sesi petang di mana Harun akan melakukan demonstrasi teknikal yang digunakan untuk sesi temu bual dalam dokumentari dan teknik lakonan semula.

    Sesi perkongsian tersebut adalah percuma dan terbuka kepada orang awam. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman sosial “Mini Film Festival” di Facebook. Selain itu, orang awam yang berminat juga boleh menghubungi Kasmirul (016 – 2356 972) untuk segala pertanyaan lanjut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS main peranan besar dalam usaha kerajaan negeri bina rangkaian dan...

    0
    KUCHING, 22 APRIL 2024 (SNN): Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) kini memainkan peranan besar dalam menjayakan misi Kerajaan Sarawak meluaskan dan meningkatkan rangkaian gas Sarawak...