Pelajar UNIMAS dan UTM Pelajari Budaya Melayu Sarawak Melalui Program Khidmat Komuniti di Simunjan

0
183
Para tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan bersama para pelajar Universiti Malaysia (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sempena program The Tour: Malaya X Borneo di Simunjan baru-baru ini

KOTA SAMARAHAN, 15 April 2019 (SNN)- Pelajar Universiti  Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Malaysia  (UTM) pelajari budaya Melayu Sarawak melalui program khidmat komuniti di Simunjan.

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka UNIMAS,  Sesi 2018/2019 dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Fatimah UTM, Skudai, Johor telah menganjurkan Program The Tour: Malaya X Borneo X Jelajah Srikandi 3.0 yang dijalankan semasa cuti pertengahan semester yang lalu.

Program yang berlangsung dari 27 hingga 30 Mac 2019 bertempat di Kampung Nanas, Simunjan ini adalah hasil kerjasama dengan JKKK Kampung Nanas, Simunjan, Majlis Daerah Simunjan dan beberapa agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. 

Terdapat sembilan aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu Penjagaan Kebersihan Gigi – Clean Them Right, Oh My English! Class, Lukisan Mural di Tabika Kemas C, Hiking/Plogging di Gunung Ngeli, Jelajah Sihat, Love Yourself, Take Care Of Your Hygiene Session, Projek Botani, Gotong-Royong serta Majlis Kesyukuran bersama penduduk kampung dan diakhiri dengan majlis penutupan program.

Program ini yang berkonsepkan khidmat komuniti bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi, memupuk semangat kesukarelawanan di dalam diri mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS dan UTM sekaligus mendedahkan budaya masyarakat Melayu Sarawak kepada umum.

Dalam masa yang sama, program ini juga mampu meningkatkan kemahiran pengurusan aktiviti yang baik dan penutupan program telah dilakukan bertempat di Dewan Mesra, Kampung Nanas, Simunjan pada hari terakhir program iaitu pada 30 Mac 2019.

Antara jemputan yang hadir seperti wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N25 daerah Simunjan, Encik Bojeng Bin Ali, Wakil Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Encik Oldrige Ak Ripat Eric, Pegawai Tadbir Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UNIMAS, Puan Dayang Zuliana Binti Abang Abdul Rahman, Ketua Kaum Kg. Nanas Hilir/Tengah dan Hulu dan wakil daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here