More
    Home Sarawak Samarahan Ijazah Perakaunan UNIMAS Bernilai Tinggi

    Ijazah Perakaunan UNIMAS Bernilai Tinggi

    Kota Samarahan, 15 April 2019 (SNN)– Ijazah dalam bidang perakaunan di UNIMAS bernilai tinggi apabila Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  dan Institute Of Chartered Accountants Of Scotland (ICAS). Memorandum ini ditandatangani antara lain dengan matlamat untuk meneroka dan bekerjasama dalam bidang seperti penyelidikan, penglibatan ahli akademik dan juga kakitangan.

    Acara ini dirasmikan oleh YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi Naib Canselor UNIMAS dan Profesor Mark Allison, Pengarah Eksekutif, ICAS.

    Memorandum Persefahaman ini selaras dengan visi UNIMAS iaitu sebagai universiti yang berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan juga biasiswa.

    UNIMAS dan  ICAS berhasrat untuk membangun dan menyediakan  model pendidikan perkongsian yang inovatif serta  sesuai dengan  institusi latihan yang diberi mandat  untuk menawarkan kursus Perakaunan di peringkat Ijazah Sarjana Muda serta memiliki kelayakan CA pada masa yang sama.

    Agenda utama MoU ini adalah mengukuhkan kurikulum yang telah sedia di peringkat  ijazah perakaunan UNIMAS dari segi kualiti kandungan kursus, kaedah penyampaian serta kaedah  penilaian, dengan matlamat utama menyediakan laluan kepada pelajar UNIMAS memiliki ijazah perakaunan dan dalam masa yang sama memiliki sijil profesional ICAS.

    Dalam erti kata lain, pelajar  di peringkat ijazah perakaunan di UNIMAS akan dipersiapkan untuk menduduki dan seterusnya lulus kertas peperiksaan ICAS. Dengan kelayakan ICAS di tangan, pelajar hanya perlu menghabiskan  tiga tahun pengalaman dalam industri atau bidang berkaitan sebelum memohon untuk menjadi ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Ini sekaligus akan menambah nilai yang lebih tinggi kepada ijazah perakaunan UNIMAS yang sedia ada dan menjadikannya lebih menarik dan berdaya saing terutama kepada pelajar berpotensi dan  berminat untuk mengikuti program tersebut.

    Turut hadir dalam majlis ini, Tuan Haji Mohd Noh Jidin, Tuan Haji Mohd Noh Jidin, Presiden Association of Malay Chartered Accountant Firm Malaysia (AMCAF), Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS,  Prof Madya Michael Tinggi and Mrs Ann Lamb, Pengarah Institute of Chartered Accountants of Scotland (ICAS), ahli akademik dan kakitangan UNIMAS, serta tetamu jemputan yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak sedia guna dana sendiri sebagai penadahuluan baiki sekolah dan...

    0
    SIBU, 19 APRIL 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak menyambut baik dasar baharu yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan kerajaan negeri menggunakan dana sendiri sebagai pendahuluan...