More
    Home Sarawak Kapit Jalan Temalat-Song akan dibuka untuk orang awam

    Jalan Temalat-Song akan dibuka untuk orang awam

    KAPIT, 06 OKTOBER 2020 (SNN) : Jalan menghubung dari Temalat ke Song, Kapit akan terus dibuka kepada orang awam secara berpetingkat.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata, pembinaan jalan tersebut belum siap sepenuhnya namun atas keprihatinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, orang ramai dibenarkan untuk menggunakan jalan berkenaan.

    “Kebelakangan ini ramai pihak menyalahkan kerajaan negeri kerana menutup jalan berkenaan dan tular di media menunjukkan orang awam terpaksa menggunakan jalan balak dan sawit,” kata beliau semasa ditemui media dalam Lawatan Kerja Ketua Menteri ke Jambatan Nanga Mujong di Kapit, pada Isnin.

    Ketua Menteri hadir melawat jambatan Nanga Mujong yang telah siap dibina.

    Ujarnya, beliau berharap tidak timbul isu berkenaan kerajaan hanya pandai memberi janji kosong kepada rakyat dalam pelaksanaan projek jalan Mujong ke Tunoh sepanjang 77 kilometer yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM550 juta.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...