More
    Home Peras ugut pelajar pasangan kekasih ditahan polis

    Peras ugut pelajar pasangan kekasih ditahan polis

    PADAWAN, 14 OGOS 2020 (SNN) : Sepasang kekasih ditahan pihak polis selepas dipercayai menjadi dalang kes peras ugut pelajar sebuah kolej di Batu Kawa pada Khamis.

    Suspek bersama seorang wanita berusia 22 tahun itu ditahan oleh pihak polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Padawan pada jam 6 petang di hadapan sebuah rumah berhampiran MJC Batu Kawa, semalam.

    Ketua Polis Daerah Padawan, Supritendan Aidil Bolhassan berkata, hasil daripada siasatan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala suspek wanita juga mempunyai rekod sama di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

    Kedua-dua suspek direman pada 14 Ogos 2020 untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...