More
    Home Sarawak Kapit ADUN Bukit Goram hulur bantuan kepada mangsa kebakaran SK Ulu Yong

    ADUN Bukit Goram hulur bantuan kepada mangsa kebakaran SK Ulu Yong

    KAPIT, 14 OGOS 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit hadir menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran yang melibatkan pelajar asrama dan guru Sekolah Kebangsaan Ulu Yong, Kapit di sini, semalam.

    Terdahulu, satu kejadian kebakaran melibatkan blok asrama dan kuartes guru sekolah yang memusnahkan keseluruhan struktur binaan bangunan tersebut.

    Dalam lawatan itu, Jefferson telah meninjau kawasan kebakaran sekaligus menyampaikan sumbangan bagi membantu 22 orang pelajar dan dua orang guru yang terjejas akibatk kebakaran itu.

    Keadaan struktur bangunan asrama dan kuarters guru yang musnah dalam satu kebakaran

    Beliau turut menjelaskan akan berusaha membantu membersihkan tapak kebakaran bagi tujuan pembinaan semula bangunan asrama yang baharu.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...