Agen sindiket jual organ direman

0
168
Suspek serah diri pada Khamis selepas diburu pihak polis

KUCHING, 14 OGOS 2020 (SNN) : Mahkamah Kuching hari ini membenarkan permohonan reman ke atas suspek kes penjualan organ dalaman antarabangsa selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan selepas beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia 48 tahun berasal dari Kuching itu disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan organ dalaman manusia secara haram di pasaran gelap antarabangsa.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Dev Kumar dalam satu kenyataan berkata, suspek sebelum ini diburu pihak polis Sarawak bagi membantu siasatan selepas tular satu laporan portal berita yang berpangkalan di united Kingdom, The Sun yang mendedahkan aktiviti suspek sebagai dalang penjualan organ dalaman manusia.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuching, Mosidi Husseini membuat keputusan perintah tahanan reman ke atas suspek selepas menerima permohonan yang dikemukakan pegawai penyiasat Asisten Supritendan Nor Elyanis Mohd Yussoff di Mahkamah Kuching kira-kira jam 9.20 pagi.

Suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan perbincangan antara suspek dengan wartawan portal The Sun yang menyamar sebagai pembeli organ dalaman di media sosial.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Antipermedagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.-BERNAMA. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here