More
    Home Perangi dadah perlu usaha dari semua pihak-ADUN Tasik Biru

    Perangi dadah perlu usaha dari semua pihak-ADUN Tasik Biru

    BAU, 24 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Usaha memerangi masalah penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat perlu kerjasama semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak berkuasa sahaja.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, kesan penyalahgunaan dadah boleh melumpuhkan sesebuah negara jika tidak ditangani secara bersepadu dan holistik yang mana boleh menjejaskan sektor ekonomi, agama, budaya, bangsa dan negara.

    “Selain pihak berwajib peranan ibu-bapa adalah yang paling penting dalam memastikan anak-anak mereka dan ahli keluarga bebas dari terjebak dengan masalah dadah kerana pencegahan awal bermula dari rumah.

    “Masalah dadah di negara kini bukan sahaja melibatkan golongan dewasa namun turut menular dalam kalangan kanak-kanak yang masih bersekolah,” katanya ketika dalam Majlis Penutupan Bengkel Komuniti Sejahtera One Stop Committee (OSC) Badi MIDS Daerah Bau, pada Khamis.

    ADUN Tasik Biru meninjau pameran semasa hadir ke majlis

    Tegasnya, kerjasama pelbagai pihak perlu dimantapkan dan ditambah nilai bagi memastikan masalah penagihan dan pengedaran dadah dapat dihapuskan.

    Dalam pada itu, beliau turut berkata dengan adanya penubuhan OSC di daerah Bau ini dapat menjadikan daerah itu bebas daripada masalah dadah.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RM405 juta diperuntukan untuk meneruskan BKSS 5.0 bermula Januari hingga Jun...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Sebanyak RM405 juta peruntukan keseluruhan diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi meneruskan...