SABATI agih kit pencegahan Covid-19 kepada 55 Pusat Dalam Komuniti (PDK)

0
60
Sekitar majlis penyerahan sumbangan

KUCHING, 24 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) agihkan kit pencegahan Covid-19 kepada 55 buah Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Sarawak, pada Selasa.

Presidennya, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang semasa majlis penyerahan itu telah menyampaikan 30,000 pelitup separuh muka, 7,000 sarung tangan, 800 pembersih tangan dan 70 set pengesan suhu badan.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut menerima sumbangan ini termasuk yang menjaga rumah anak yatim, rumah orang tua, Rumah Cheshire Sarawak, Persatuan Autistik Kuching, Persatuan Orang Buta Sarawak dan Persatuan Orang Pekak Sarawak.

Wakil NGO dan Persatuan yang menerima bantuan daripada SABATI

Terdahulu, SABATI turut menyalurkan bantuan peralatan klinikal dan perubatan kepada beberapa hospital di seluruh Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here