More
    Home Sarawak Betong Razaili Gapor hulur sumbangan kepada penduduk Kampung Beladin

    Razaili Gapor hulur sumbangan kepada penduduk Kampung Beladin

    PUSA, 18 FEBRUARI 2021 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor, menyerahkan sumbangan berupa beg beras sebanyak 1,137 beg kepada penduduk Kampung Beladin, Pusa disini, hari ini.

    Sumbangan daripada Pusat Khdmat DUN Beting Maro itu diharapkan dapat membantu penduduk kampung yang memerlukan serta kurang berkemampuan.

    Tambah beliau, sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang kini makin menular penduduk kampung dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan agar dapat mengekang penularan wabak berkenaan.

    Dalam majlis yang sama, Razaili turut menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang warga emas di Kampung Hulu Beladin sebelum bergerak ke Kampung Semarang untuk meninjau keadaan projek naiktaraf Surau Annur.

    Beliau turut menyampaikan sumbangan beg beras kepada 216 penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Semarang yang kurang berkemampuan.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...