Pengguna Feri Sebuyau-Triso dinasihati bersabar

0
139
Keadaan di Feri Sebuyau-Triso petang tadi. Gambar JKR

KUCHING, 31 MEI 2019 (SNN) – Perayaan Gawai dan Aidifitri yang hampir serentak telah menjadikan perkhidmatan Feri Sebuyau-Triso telah meyebabkan penguna terpaksa menunggu lama. Walaupun perkhidmatan feri telah ditambah semenjak 25 Mei 2019 lagi namum pertembungan perayaan kali ini telah mencetuskan kesesakan yang luar biasa. Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan kenyataan media untuk menasihati para pengguna agar bersabar dan mematuhi peraturan keselamatan.

Peningkatan aliran trafik di pangkalan Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan mulai semalam dan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan dan cuti sekolah ini.

” Kenderaan berbaris panjang semasa menunggu giliran menggunakan feri ..”

Peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat bermula dari awal pagi semalam namun keadaan masih lagi terkawal dan ini menyebabkan kenderaan berbaris panjang semasa menunggu giliran menggunakan feri untuk menyeberangi Batang Lupar dari Sebuyau Bahagian Samarahan ke Triso Bahagian Betong.

Kini terdapat tiga feri beroperasi di pangkalan Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan. Antara langkah diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri adalah bermula dari 25 Mei sehingga 16 Jun ini di pengkalan Feri Sebuyau/Triso, untuk Feri Pertama masa operasi dari 6 pagi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam, Feri Kedua beroperasi dari 4 pagi akan dilanjutkan sehingga keesokan 2 pagi dan Feri Ketiga akan beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. 

Ini bermakna terdapat tiga feri beroperasi di waktu 8 pagi sehingga 10 malam. Namum begitu, operasi feri tidak dapat menampung peningkatkan aliran trafik secara mendadak dimana perantau yang mahu balik kampung untuk meraikan perayaan berganda ini mula bergerak dari semalam dan menggunakan jalan persisiran merupakan punca utama menyebabkan kenderaan berbaris panjang di sebelah Sebuyau, bandingan aliran trafik dari sebelah Triso.

“Akitiviti nelayan yang memasang pukat di laluan feri telah mengganggu dan menjejaskan kelancaran operasi feri.”

Mohon kerjasama dari nelayan-nelayan tempatan supaya tidak memasang pukat berdekatan dengan laluan feri. Akitiviti nelayan yang memasang pukat di laluan feri telah mengganggu dan menjejaskan kelancaran operasi feri. Ini menyebabkan feri terpaksa memperlahankan operasi di mana masa diambil untuk menyeberangi lebih panjang. 
Pengguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan memberi kerjasama supaya tidak memotong barisan serta mengikut arahan krew feri yang bertugas terutama semasa kenderaan memasuki dan keluar dari feri. 

Ingin diingatkan bahawa, hanya pemandu sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan dengan cermin dibuka sepenuhnya manakala semua penumpang lain tidak dibenarkan berada di dalam kenderaan masing-masing ketika feri sedang bergerak. Ketika kenderaan berada di dalam feri, enjin hendaklah dimatikan, brek tangan ditarik dengan ketat dan pengguna dinasihati supaya sentiasa peka terhadap lokasi alat bantuan kecemasan seperti jaket, pelampung dan rakit keselamatan. (Kenyataan media 31 Mei 2019, Cawangan Komunikasi Korporat, Jabatan Kerja Raya Sarawak)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here