MASNITA Rai Anak-Anak Yatim dan Kurang Berkemampuan

0
151
Kartini Ahmad, Yang Dipertua MASNITA, Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, AJK dan juga ahli MASNITA bergambar bersama anak yatim dan kurang berkemampuan di pusat membeli belah Mydin, Petra Jaya

Kuching, 29 Mei 2019 (SNN) – MASNITA meraikan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan pada Program MASNITA Prihatin yang terakhir untuk bulan Ramadhan 2019 yang telah berlangsung di Mydin Petrajaya Kuching, pada Sabtu lepas. Program membeli belah bersama anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan kali ini melibatkan seramai 70 orang anak-anak yang telah dikenalpasti dari sekitar Kuching. Jumlah penyertaan kali ini menampakkan pertambahan dua kali ganda daripada tahun sebelum ini.

Dalam program kali ini, kanak-kanak telah hadir ke pusat membeli belah Mydin Petra Jaya untuk memilih pakaian dan keperluan lain seperti baju kurung, baju melayu, songkok, kasut dan sebagainya mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Dengan kehadiran YBhg Datin Kartini Ahmad, Yang Dipertua MASNITA diiringi suami YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS, AJK dan juga ahli MASNITA, program kali ini cukup meriah ditambah dengan keriangan kanak-kanak dalam membuat persediaan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.

Kanak-kanak gembira memilih sendiri pakaian mereka sambil diperhatikan oleh Kartini Ahmad dan suami, Dr Mohamad Kadim bin Suaidi

Pihak pengurusan Mydin Petrajaya Kuching juga turut memberi kerjasama yang cukup erat dalam menjayakan program ini. Di penghujung program, ADABI telah menaja bubur lambuk untuk diagih bersama pihak MASNITA kepada kanak-kanak dan para pengiring, AJK dan ahli MASNITA.

Dengan berlangsungnya program seperti ini, MASNITA berharap sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan dan keceriaan buat kanak-kanak ini dalam menyambut lebaran nanti. MASNITA juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah disalurkan sepanjang bulan Ramadhan ini kerana sumbangan tersebut sangat bermakna dalam menjayakan keseluruhan Program MASNITA Prihatin 2019.

Kartini Ahmad, Yang Dipertua MASNITA bersama suami, Dr Mohamad Kadim bin Suaidi selepas membeli belah bersama kanak-kanak dan pengiring mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here