More
    Home Sarawak Samarahan Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU Kawasan Sebuyau Terima Sumbangan Gawai

    Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU Kawasan Sebuyau Terima Sumbangan Gawai

    SEBUYAU, 31.05.2019 (SNN)-  Seramai 80 warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan Gawai Dayak bagi kawasan Sebuyau. Majlis penyampaian sumbangan tersebut bertempat di rumah panjang Kakus Ensika, Sebangan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Haji Narawi iaitu ADUN N.27 Sebuyau merangkap Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak.

    Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, Julaihi menjelaskan bahawa jalan raya sepanjang 3.6 km menuju rumah panjang Kakus Ensika telah dinaik taraf dan dibina dengan kos sebanyak RM3 juta.

    Manakala baki jalan ke rumah panjang Ensika Lama dan SK Rajau Ensika akan dinaik taraf kepada jalan premix dalam tahun ini dengan peruntukan lebih RM950,000 yang telah diluluskan dan hanya menunggu untuk dimulakan kerja-kerja pembinaannya sedikit masa lagi.

    “Diharapkan dengan adanya jalan raya ini nanti lebih banyak aktiviti pertanian dan ekonomi dapat dijalankan dan seterusnya menfaatkan penduduk setempat”.

    Julaihi disambut meriah penghuni rumah panjang Kakus Ensika, Sebangan serta tetamu lain yang hadir

    Julaihi turut mengucapkan tahniah kepada penduduk sekitar kampung Kakus Ensika di atas siapnya Dewan Masyarakat yang dibina dengan kos RM450,000 serta mempunyai sebuah bangunan Tadika untuk kemudahan penduduk.

    “Dengan arus pembangunan yang masih berlaku dan dijalankan sekarang rakyat khususnya di luar bandar diseru terus bekerjasama dan memberi sokongan padu kepada Kerajaan GPS Sarawak yang ada sekarang kerana kita sudah mempunyai perancangan dan pelan pembangunan yang tersusun dan lengkap,” tambah beliau lagi.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah SAO daerah Sebuyau, Ajiz Ahmad; Tuai Rumah Meramat ak Lalat (tuai rumah panjang Kakus Ensika; Penghulu Merum ak Babu (Penghulu bagi kawasan Sebangan); Penghulu Agu ak Kaleng (Penghulu bagi kawasan Sebuyau) dan pemimpin tempatan.

    Junaidi menyampaikan sumbangan Gawai Dayak kepada salah seorang penerima
    Antara salah seorang daripada 80 penerima sumbangan Gawai Dayak daripada Junaidi

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...