Pengganas Brenton Tarrent Didakwa di Mahkamah Christchurch, New Zealand

0
279
Brenton Tarrent ketika dalam kandang tertuduh dalam Christchurch District Court, New Zealand, sempat memberikan isyarat tangan

Christchurch, 16 Mac 2019 (SNN)-  Pengganas Brenton Tarrent Didakwa di Mahkamah Christchurch, New Zealand pagi ini. Brenton Tarrent yang merupakan tertuduh yang melakukan pembunuhan beramai-ramai dan melakukan serangan bersenjata ke atad Masjid Al-Nour telah dibawa ke Mahkamah Daerah Christchurch untuk dibicarakan dibawah pertuduhan pembunuhan kejam beramai-ramai.

Mahkamah memutuskan agar persidangan tidak dibuka kepada orang awam dan dikawal ketat oleh pihak polis. Kesemua gambar tertuduh perlu di‘blurr’kan wajahnya atas perintah hakim mahkamah.

Ketika pertuduhan dibacakan, pendakwa mendedahkan Brenton berusia 28 tahun, berasal dari Australia, memiliki lesen senjata yang sah sejak November 2017, tinggal bersama keluarga di Dunedine dan sudah biasa mengembara ke pelbagai negara luar berdasarkan catatan pada  passportnya.

Brenton juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sama ada di Australia dan New Zealand. Brenton tiba di Christchurch beberapa hari awal bersama beberapa lagi orang rakannya bagi melancarkan serangan di Masjid-masjid dan lokasi awam di sekitar Christchurch.

Jam 9 pagi tadi, Brenton Tarrant didakwa dibawah satu pertuduhan iaitu melakukan pembunuhan kejam beramai-ramai di Masjid Al-Nour. Pendakwaan lain-lain akan menyusul pada minggu hadapan termasuk pendakwaan penyalahgunaan lesen senjata api. Walaubagaimanapun jangan terkejut sekiranya Brenton tidak dijatuhkan hukuman mati kerana di New Zeland tiada hukuman mati lagi dijalankan sejak 1961. Bererti sekiranya Brenton disabitkan kesalahan tersebut, paling kuat dia hanya akan dipenjara seumur hidup.

Mahkamah memutuskan Brenton Tarrant, berusia 28 tahun ditahan reman sehingga 5 April depan. Memakai baju lokap bewarna putih serta bergari, bekas pengajar kecergasan itu hanya berdiam ketika tuduhan dibacakan, dan tidak membuat sebarang rayuan ikat jamin.Sebelum melakukan keganasan, Brenton Tarrant ada mengeluarkan manifesto di akaun Twitter, mendakwa ‘berhubung’ dengan Anders Breivik, yang membunuh 77 orang di Norway pada tahun 2011.Dakwanya, dia mendapat restu untuk melakukan pembunuhan besar-besaran, malah turut menyebut nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam manifestonya.Tarrant juga mahu membalas dendam kerana ‘bimbang’ mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand

Serangan keganasan yang dirakam Brenton dalam video telah disiarkan secara langsung kepada Facebook melalui kamera badan dan ramai pihak melihat ianya seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG. Setakat ini, polis New Zealand masih memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri.

Dua orang lagi rakan Brenton masih ditahan reman dan disoal siasat kerana masih belum jelas hubungkait mereka dengan Brenton. Dua orang saspek tersebut merupakan masing-masing penyerang di Masjid Linwood dan di Hospital Christchurch.  Namun, menurut pihak polis New Zealand, serangan di Hospital itu berjaya digagalkan pihak polis. Hanya serangan di Masjid Al-Nour dan Masjid Linwood sahaja mengorbankan ramai mangsa.

Kedua-dua saspek serangan di Masjid Linwood dan Hospital Christchurch masih lagi menjadi tanda tanya. Pihak Polis New Zealand tidak mengeluarkan sebarang imej saspek tersebut dan kemungkinan cuma akan diketahui pada hari pertuduhan baru minggu hadapan.

Jumlah keseluruhan mangsa terkorban setakat ini adalah 49 orang dan 48 orang lagi masih dirawat di Hospital Christchurch termasuk 3 warganegara Malaysia. 41 daripada mangsa terbunuh adalah dibunuh oleh Brenton di Masjid Al-Nour. Manakala 7 lagi dibunuh di Masjid Linwood oleh saspek yang lain. Seorang maut di Hospital Christchurch akibat pendarahan yang tidak berhenti.

Sementara itu, di Masjid Al-Nour masih terdapat lagi saki baki jenazah yang belum selesai diuruskan oleh forensik Polis New Zealand. Berkemungkinan kesemua jenazah hanya boleh diuruskan jenazahnya paling awal pada hari selasa depan dan urusan pengebumian jenazah hanya boleh berlaku selepas hari tersebut berdasarkan kenyataan yang baru dikeluarkan.

Sumber : CNN, BBC World, Muhd  Mamzah FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here