150 Penunggang Sertai Kembara Motosikal Saratok-Kabong

0
1511
Rombongan Kembara Motosikal Saratok-Kabong bergambar kenangan di Pantai Tg.Kembang

SARATOK-KABONG, 16 Mac 2019 (SNN )– Kembara motosikal  dari Saratok ke Kabong sempena sambutan Hari PDRM ke-212 yang melibatkan seramai 150 penunggang bergerak seawal  jam 0800 pagi dari Saratok.  Upacara “flag off’ dari Saratok itu disempurnakan oleh YB Datuk Hj Abdul  Wahab  Bin Aziz , ADUN N38 Kalaka, bersama Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin.   Sebelumnya, upacara pemeriksaan motosikal dilakukan terlebih dahulu.

Upacara “flag off’ dari Saratok itu disempurnakan oleh YB Datuk Hj Abdul  Wahab  Bin Aziz , ADUN N38 Kalaka, bersama Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin.

Kembara bermotosikal ini  menjadi aktiviti awal yang dilangsungkan bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 yang akan mana upacara rasmi sambutan akan diadakan pada 25 Mac nanti. Kempen kembara bermotosikal kali ini dirasmikan serentak dengan kempen pemakaian helmet atau kopi keledar yang mana kempen pemakaian helmet ini dilancarkan di Kabong pada hari yang sama.  Majlis perasmian acara tersebut disempurnakan oleh ADUN N40 Kabong, YB Mohd. Chee Kadir bertempat di pekarangan pekan Kabong kira-kira jam 9 pagi sebaik sahaja tiba rombongan  kembara bermotosikal dari Saratok yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin.

Mohd. Chee dalam ucapan perasmiannya berharap pihak polis dan masyarakat akan terus mengekalkan semangat kerjasama yang utuh bagi memastikan keamanan yang dikecapi kini terus dinikmati tanpa dicemari unsur negatif. Beliau berharap agar semua pihak tidak melupakan pengorbanan para pesara polis dan rakan-rakan yang telah terkorban demi mempertahankan negara. Dalam masa yang sama beliau turut menyatakan bahawa apa yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan polis dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Mengakhiri ucapannya Mohd Chee berkata , “Kekalkanlah kerjasama yang erat serta kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat seiring dengan tema hari polis tahun ini iaitu -Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin dalam ucapan alu-aluannya berkata pihak polis sentiasa dekat dengan komuniti setempat bertepatan dengan tema hari polis pada tahun ini.  Menurut beliau hubungan baik perlu berterusan antara polis dan masyarakat bagi membanteras jenayah di sesuatu kawasan.

 “Kita mahu rakyat hidup dalam keadaan aman dan tenteram dengan mengharapkan masyarakat jadi mata dan telinga polis bagi sama sama membendung kegiatan jenayah,”ujarnya.

Mordani turut menambah ,  sambutan peringatan Hari Polis secara rasmi akan diadakan di Saratok pada 25 Mac depan.

Upacara perasmian diakhiri dengan penyerahan dan pemakaian topi keledar sempena kempen “Pakai Helmet Yoouu” yang disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Saratok bersama ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir.

Upacara penyerahan dan pemakaian topi keledar sempena kempen “Pakai Helmet Yoouu” yang disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Saratok bersama Mohd Chee, ADUN Kabong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here